Menemukan Kembali Paradigma Pembangunan Islami (Rediscovery the Islamic Development Paradigm)
Date
2017-04-20Author
IQBAL, Muhammad
PATRIADI, Himawan Bayu
HANAPI, Mohd. Shukri
HASSAN, Shahir Akram
SANTOSO, Budhy
Metadata
Show full item recordAbstract
Perkataan paradigme mula muncul dalam Bahasa Inggeris sekitar tahun 1400-han. Ia merujuk kepada “satu contoh atau pola”. Selama hampir 400 tahun paradigme digunakan juga untuk merujuk kepada pola infleksi bagi menjeniskan katakerja, katanama, dan bahagian-bahagian lain dalam pengucapan sesuatu bahasa ke dalam kumpulan-kumpulan yang lebih mudah dipelajari. Sejak tahun 1960-han, paradigme digunakan dalam sains untuk merujuk kepada kerangka teoretikal, misalnya dalam paradigme baru bagi memahami tentang penyakit kencing manis. Ia berbentuk sebuah kerangka falsafah dan teoretikal sesuatu aliran (school) atau disiplin yang mengandungi teori dan undang-undang, dengan sokongan formulasi generalisasi dan eksperimen yang dilakukan.
Collections
- LSP-Books [895]