ILMU JATI PENGUAT JATI DIRI
Abstract
Jati diri sesuatu kelompok manusia diperlihatkan oleh pelbagai tanda, sama ada yang jelas tampak secara fizikal atau yang terpancar melalui nilai yang dikongsi bersama oleh ahli kumpulan tersebut dalam bentuk anutan dan amalan, ritual dan resam, atau yang tertakrif berdasarkan batas kelas dan strata sosial, lingkungan dan wilayah geografi, dengan bahasa yang digunakan oleh masingmasing
kelompok tersebut sebagai salah satu lambang jati diri yang paling ketara.
Jati diri boleh diteliti dalam kelompok yang kecil, pada tahap etnik atau suku kaum, atau
dalam kelompok yang lebih besar yang meliputi sesebuah negara bangsa. Kertas ini tidak secara khusus mengkaji jati diri dari sudut keetnikan atau kebangsaan, dan tidak pula berhasrat untuk berhujah dari sudut pandang sempadan, ciri dan kandungan yang menakrifkan kumpulan tersebut. Untuk aspek tersebut, lihat sebagai contoh Edwards (1985), Oakes (2001) dan Simpson (2007). Apa yang diteliti, diungkapkan dan dihujahkan di sini ialah peri pentingnya kita mencerap dan menghuraikan alam dan persekitaran kita sendiri, ceruk dan rantau Nusantara ini, sebagai asas pembinaan jati diri warga yang berilmu, saintifik, inovatif dan kreatif mengikut acuan kita sendiri.
Collections
- LSP-Conference Proceeding [1874]